SGMy sistem Guru Malaysia


 Sistem Guru Malaysia SGMy




Guru Berkualiti, Kekal Berkualiti



 MISI

Memastikan Individu Dalam Profesion Keguruan Sentiasa Berkualiti Dan Kekal Berkualiti Sepanjang Tempoh Perkhidmatan.

 OBJEKTIF SGMy

1. Menjadikan individu yang berada dalam profesion keguruan diiktiraf sebagai golongan yang profesional.

2.Memastikan individu dalam profesion keguruan sentiasa berkualiti dan kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

3. Guru yang berdaftar dengan KPM akan diberikan Sijil Guru Malaysia yang mempunyai nombor unik yang kekal sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai nombor pengenalan diri dalam profesion keguruan.

Guru wajib mengisi SGMy untuk membuat pengesahan maklumat Guru

Semua PPP di Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dikehendaki membuat proses pengesahan maklumat di dalam Sistem Guru Malaysia (SGMy) secara dalam talian di alamat URL https://sgmy.moe.gov.my m

Kata Laluan

Bagi guru KPM sila log masuk menggunakan
1. Login menggunakan No.Kad Pengenalan, dan bagi guru swasta sila log masuk menggunakan No.Permit.
2. Kata laluan guru di KPM adalah sama seperti kata laluan SPLKPM , manakala kata laluan guru swasta diberikan oleh institusi masing-masing.

Semak Butiran
Guru dipohon semak butiran, ejaan dan sahkan maklumat yang dipaparkan. Klik butang pengesahan sekiranya maklumat yang dipaparkan adalah benar. Sekiranya terdapat ralat atau kesilapan, sila kemaskini di eOperasi bagi guru.

Mohon semua guru membuat pengesahan di laman web SGMy:https://sgmy.moe.gov.my/IND/index.cfm

0 comment... add one now